Ucapan dari Wardah

Posted: Saturday, November 13, 2010 by PiSmP MathS2 in Labels: ,
0



Ucapan Untuk Puan Siti :

Salam Puan Siti Rapiah..
Syukur kami ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk mempunyai seorang mentor yang dianggap seperti ibu untuk membentuk dan membimbing kami selama 5 tahun ini.
Segala perhatian dan kasih sayang yang Puan curahkan akan kami kenang selamanya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan yang selalu sabar dan tidak mudah melatah melayan kerenah kami yang pelbagai.
Kami doakan Puan akan diberkati ALLAH, dimurahkan rezeki dan berbahagia di dunia dan akhirat. InsyaALLAH kami tidak akan lupakan Puan. Jasamu dikenang…

Lot of Love~WarDah_ SuHaimi


Ucapan Untuk Rakan Kelas :
Rakan-rakan Matematik 2…

Adanya perpisahan...
Kerana adanya
pertemuan...
Jadi yang mana perlu disalahkan antara pertemuan dengan perpisahan??

Tiada pertemuan tiada juga perpisahan.Tapi dalam kehidupan, kita tidak boleh mengelak diri dari pertemuan
dan perpisahan kerana ianya adalah lumrah kehidupan bermula sejak kita lahir dimuka bumi ini..

Pertemuan itu adakalanya membahagiakan. Dan adakalanya kita menyesali mengapa terjadinya pertemuan. Kerana pertemuan itu hadir beriringan dengan perpisahan. Biarpun perpisahan itu hadir tanpa diminta kehadirannya..

Tapi, adakalanya perpisahan itu membuatkan hati kita bahagia tak terhingga kerana ia membuatkan jiwa yang sering dilukai berakhir jua saatnya..

Pertemuan dan perpisahan mempunyai hikmahnya tersendiri. Dan sebagai insan biasa, kita harus redha kepadaNya. Dan kita harus bersedia untuk terus menanti sebuah pertemuan lagi. Biarpun penantian itu adalah satu penyiksaan.

Dan kita jangan lupa diakhirnya akan berlaku sebuah perpisahan yang akan kekal abadi untuk selamanya.Setiap pertemuan mestilah ada perpisahan.
Jangan jadikan perpisahan titik nokhtah sebuah persahabatan. Semoga korang Berjaya di dunia & akhirat.Keep in touch!

0 comments: