Jamuan Raya + Jamuan Hari Lahir = Puas makan...:)

Posted: Thursday, September 30, 2010 by PiSmP MathS2 in Labels:
1

:: 29 September 2010 :: Kantin IPTeK :: Jam 12.30 petang :: 
6 Pensyarah & 19 pelajar ::

Alhamdullillah, berjaya juga ajk kelas bahagian sambutan hari lahir membuat jamuan hari raya dengan hari lahir pada hari ini. walaupun merancang disaat akhir tetapi, kejayaan dalam melaksanakannnya terbukti. tahniah dan terima kasih kepada ajk yang terlibat.

Selamat hari lahir juga di ucapkan kepada pelajar yang menyambut hari lahir di bulan 6 sehingga bulan 12. muga anda semua diberkati umurnya dan sentiasa mendapat rahmat dari Allah. insyaAllah. 

Majlis pada hari ini dimulakan dengan ucapan mentor kelas maths 2 iaitu puan Siti Rapiah. buat pengetahuan semua Puan Siti juga ada membawa kek dan ais-krim ke majlis ini. ia sekali gus telah memeriahkan majlis pada hari tersebut. Selepas ucapan dibuat, ucapan ketua kelas pula. dengan tidak berdialog, tidak tahu apa yang hendak diucapkan apa yang pasti Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin. :) doa dibaca dan sesi makan pun bermula. rezki Allah amat murah.. terlalu banyak rezeki sehingga ada yang dapat membawanya pulang. Alhamdullillah...

Semoga majlis seperti ini akan dapat terus dilakukan. bak kata Mr.Wee, perkara begini boleh merapatkan hubungan dan hilangkan stress bekerja. :) Apa-apa pun tahniah sekali lagi dan buat jamuan lagi yea..heheh...:)

Lakonan @ Dilakonkan.....?????

Posted: Tuesday, September 28, 2010 by PiSmP MathS2 in Labels:
0

Assalamualaikun dan salam aidilfitri..

Puas beraya?? hehe... Jamuan kelas esok ya.. Jangan lupa ya.. Buat grand2 yea..
ini kali terakhir buat jamuan raya kelas ni...

Ermm.. macam mana pula dengan AR??
Yang sudah bentang, Alhamdullillah...Tahniah..
kepada yang bakal bentang, semoga berjaya yea..
jangan takut dengan soalan oelh para juri, kami ingin membantu, bukan membantut...:)

Lakonan @ dilakonkan???
itu yang menjadi tanda tanya sekarang untuk kelas kita..
untu hari EDU..aduhai..boleh burn out nie..heheh...
takpelah, kita penuhi hari2 terakhir kita di maktab ini dengan benda2 seronok yea..
anggap ini sebagai permainan kita ja..
terserah pada Ayie and the crew untuk buat apa..
maybe kita leh buat pentomen secara muzikal??
macam mana menarik??
hehehe... lain dari yang lain nie...:)

oklah..pe2 pun mari kita cuba yang terbaik..
untuk nama batch sem8 dan kelas matematik..
especially tuk kelas kita juga..Betul tak??
maths2 the best.. chaiyuk2!!!!!...

more update after this.. see ya...:)

All the Best...

Posted: Tuesday, September 21, 2010 by PiSmP MathS2 in Labels:
0

Assalamualaikum..

Adakah anda sudah bersedia untuk pembentangan hasil kajian anda?
Semoga anda semua sudah bersedia dan berilah yang terbaik untuk diri anda sendiri.
Moga semua yang dirancang berjalan lancar. InsayAllah..
All the best..:)