Ucapan dari Mohd Hafez

Posted: Saturday, November 13, 2010 by PiSmP MathS2 in Labels: ,
0


Ucapan Untuk Puan Siti :

Assalamu’alaikum bondaku…
Kehadapan bondaku yang tercinta.
Anakandamu ini ingin meminta maaf atas segala kesalahan yang telah dilakukan sama ada secara sengaja mahupun tidak segaja.  Bonda, halalkan segala ilmu yang dicurahkan, segala bentuk makanan mahupun miniuman.. Hanya Allah S.W.T jua lah yang mampu membalasnya.
Di kesempatan ini juga, anakanda ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kerana bonda sudi dan rela memberikan kasih sayang dan keperihatian yang tidak berbelah bahagi bagi mendidikku menjadi seorang yang dewasa dan berani menghadapi cabaran dalam dunia pendidikan. Terima kasih atas segalanya bondaku…
Diakhir warkah, anakanda ada menyelitkan puisi untuk tatapan bonda tercinta.

Bonda,
Dalam hati pernah bercerita.
Berkata tentang kita.
Tentang susah senang hidup kita.
Tentang pahit getir perjalanan kita.
Bonda,
Jika dahulu aku buntu.
Jika dahulu aku runsing.
Dan jika dahulu aku buta.
Doa mu masih tak jemu menyusurku.
Bonda,
Biar merpati beralih arah.
Mendung timbul di celahan kaca.
Hujan turun di kutub utara.
Kau insan terindah figura dunia.
- NAZA MD NOOR –

Ikhlas dari anakmu.. (^ ^)


Ucapan Untuk Rakan Kelas :
Assalamu’alaikum sahabatku sekalian…
Kehadapan sahabatku…
Pertama kalinya aku menulis warkah ini aku hampir menitiskan air mata kerana terlalu banyak kenangan telah kita lalui bersama. Terlalu banyak suka, duka, manis, pahit dan bermacam-macam lagi yang kita lalui bersama. Akan aku simpan segala memori terindah jauh di sudut sanubariku.
Dikesempatan ini, aku ingin meminta maaf atas segala kesalahan aku sama ada dari segi percakapan mahupun perbuatan. Terima kasih menerima aku, dan terima kasih juga kerana percayakan aku menjadi Bendahari Sepanjang Zaman. Minta dihalalkan segala ilmu yang dikongsi, makanan mahupun minuman.
Diakhir warkah, aku ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada kamu semua. Semoga kamu semua diberkati-NYA dan sentiasa di bawah pemeliharan-NYA. Hidup mesti enjoy dan yang penting walau mana pun kamu semua akan dipostingkan, walau ceruk mana kamu semua akan dihantar, ingatlah kita pernah menjadi sahabat terbaik dalam matematik 2!! Hidup Matematik 2!!!haha…

Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

Sekian, Terima kasih atas segalanya..

0 comments: