Aisha bertunang???!!!!

Posted: Sunday, October 3, 2010 by PiSmP MathS2 in Labels:
0

Ahad, 3 Oktober 2010 - Aisha telah mengadakan rumah terbuka dan telah menjemput rakan-rakan dari pengajian Matematik untuk pergi ke rumahnya. Banyak juadah telah tersedia. Di antaranya, nasi minyak, nasi tomato, bihun sup, soto, lemang dan lain-lain. 6 buah kereta telah menyertai konvoi ke rumah terbuka ini. Alhmadullilah semua dapat tiba dengan selamat pada jam 1.30 petang. Perjalanan sedikit sesak dan cuaca pada hari tersebut boleh dikatakan sedikit panas dari biasa.

Pada mulanya, kami cuma makan sahaja. Tetapi Hakimah merangkap sahabat baik Aisha telah membawa keluar kek bersempena hari pertunangannya. Semua terkejut dan tidak menyangka ini adalah kejutan yang hendak dibuat oleh Aisha. Cuma kata-kata tahniah dapat diberi dan selang beberapa minit selepas itu habis semua yang hadir berseloroh mengenakan pasangan kekasih yang turut menyertai konvoi ini. Memang meriah pada waktu itu.

Setelah makan, kami melakukan solat Zuhur secara berjemaah dan berehat-rehat di bilik tamu yang disediakan. Rumah yang besar telah menjadikan ruang tamu di hadapan rumah sebagai tempat kami solat. Lebih kurang jam 3.00 petang kami pulang dengan kejutan yang kami terima dan majlisnya akan berlangsung pada 4 Disember 2010 di mana ia lebih awal dari hari berlangsungnya Kojey kahwin. :P.

Di dalam perjalanan pulang, terdapat beberapa buah kereta yang pergi ke muzium untuk melengkapkan siri jelajah Kuala Lumpur sebelum tamat pengajian di sini. Kepada Aisha, tahniah warga Maths 2 ucapankan, moga anda kekal sihat sehingga terakadnya anda dan pasangan anda. Moga kamu akan kekal bahagian ke anak cucu. Kepada Kojey, kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada anda dan pasangan anda. Kekal sihat sehingga anda diakad dan kekal ke anak cucu. Jangan lupa kad jemputan khas untuk kami semua. Doakan kami dapat hadir ke majlis anda juga.



Apa yang penting Maths 2 memang best. Semoga blog ini menjadi medan untuk kita berkongsi cerita. Jangan malu untuk menulis di dalam ini. Dan jangan lupa komen.:)

Photo Collage 1.... :)

Posted: Saturday, October 2, 2010 by PiSmP MathS2 in Labels:
0