Ucapan dari Sul Akmal

Posted: Saturday, November 13, 2010 by PiSmP MathS2 in Labels: ,
0



Ucapan untuk Puan Siti Rapiah :
Salam penuh kasih sayang dan kemaafan diucapkan buat Puan Siti Rapiah, seandainya sepanjang bergelar 'anakanda mentee' saya telah terkasar bahasa atau mengguris perasaan puan...halalkan segala makan dan minum sepanjang berada di bawah bimbingan puan..sesungguhnya, puan bukan sahaja pembimbing terbaik kami, malahan puan juga sudah menjadi ibu kedua kami di bumi kl ini..semoga ikatan ini sentiasa berpanjangan dan diberkati Allah s.w.t..Dari kejauhan saya sentiasa mendoakan kebahagiaan puan sekeluarga sehingga ke syurga..ameen.

Ucapan untuk Rakan Kelas :

Salam sayang buat semua sahabat..pertamanya, maafkan daku kerana sepanjang perkenalan kita pastinya aku ada terkasar bahasa, terguris hati kamu...halalkan jua makan minum, yang terlebih dan terkurang ya..aku mengharapkan perpisahan ini bukanlah terlalu lama, kerana aku lebih mengharapkan pertemuan yang lebih bermakna pada masa hadapan, Insya'Allah..dari kejauhan aku mendoakan setiap daripada kita dipermudahkan urusan olehNYA, dan semoga Allah sentiasa mendekatkan hati setiap daripada kita..ameen.

0 comments: