Jamuan Raya + Jamuan Hari Lahir = Puas makan...:)

Posted: Thursday, September 30, 2010 by PiSmP MathS2 in Labels:
1

:: 29 September 2010 :: Kantin IPTeK :: Jam 12.30 petang :: 
6 Pensyarah & 19 pelajar ::

Alhamdullillah, berjaya juga ajk kelas bahagian sambutan hari lahir membuat jamuan hari raya dengan hari lahir pada hari ini. walaupun merancang disaat akhir tetapi, kejayaan dalam melaksanakannnya terbukti. tahniah dan terima kasih kepada ajk yang terlibat.

Selamat hari lahir juga di ucapkan kepada pelajar yang menyambut hari lahir di bulan 6 sehingga bulan 12. muga anda semua diberkati umurnya dan sentiasa mendapat rahmat dari Allah. insyaAllah. 

Majlis pada hari ini dimulakan dengan ucapan mentor kelas maths 2 iaitu puan Siti Rapiah. buat pengetahuan semua Puan Siti juga ada membawa kek dan ais-krim ke majlis ini. ia sekali gus telah memeriahkan majlis pada hari tersebut. Selepas ucapan dibuat, ucapan ketua kelas pula. dengan tidak berdialog, tidak tahu apa yang hendak diucapkan apa yang pasti Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin. :) doa dibaca dan sesi makan pun bermula. rezki Allah amat murah.. terlalu banyak rezeki sehingga ada yang dapat membawanya pulang. Alhamdullillah...

Semoga majlis seperti ini akan dapat terus dilakukan. bak kata Mr.Wee, perkara begini boleh merapatkan hubungan dan hilangkan stress bekerja. :) Apa-apa pun tahniah sekali lagi dan buat jamuan lagi yea..heheh...:)

1 comments:

  1. aku sayang dgn kelas aku..
    penat siut duk sama kelas 4 tahun..huhahahah