MeLantaK dan MeLepAk

Posted: Friday, May 7, 2010 by PiSmP MathS2 in Labels:
0





Selasa, 4.5.2010 - Malam yang ditunggu-tunggu oleh kami pelajar Maths2. Diajukan cadangan dengan tiba-tiba, dan terus dipersetujui. Inilah kelebihan kelas kami. Berkumpul di Velodrom seawal jam 8.30 malam dan bergerak terus ke tempat makan di Serdang di mana berlakunya pameran Miccos. Mula masuk seperti tidak percaya bahawa terdapat restoran seafood di situ.

Setelah berpusing-pusing, jumpa juga dengan restoran tersebut. Sampai sahaja disitu, terkejut dengan hidangan yang diberi, seperti dirasuk hantu raya, kami memulakan pengambilan makanan dan ia sangat mengujakan. Memang penuh dengan makanan seafood. Ada juga mee dan nasi goreng. Tidak lupa dengan pencuci mulut yang pelbagai, memang amat memuaskan hati. Tempat yang jauh dari orang dan luas, memang sesuai untuk kelas melakukan jamuan
makan. Sesuai untuk berehat dan bercerita bersama rakan-rakan. Sempat juga mengambil gambar sebagai kenangan di sana dan jika hendak melihat dengan lebih banyak gambar bolehlah ke facebook izzah. Di sini ada disertakan beberapa keping gambar yang diambil ketika di sana.

.


Hampir 2 jam berada di sana, kami berbincang untuk berangkat pulang. Sebelum pulang, sempat berehat dan lepak-lepak di perkarangan Masjid Putrajaya. Berehat, melepak, bergambar dan duduk di dalam bulatan dan berbincang. Memang seronok pada malam ini. Penuh dengan kenangan yang menyeronokkan. Terima kasih diucapkan kepada ajk jamuan yang mengutarakan tentang jamuan makan ini dan kepada semua warga Maths 2 yang beri kerjasama yang baik di dalam menjayakan majlis ini. Diharap kita dapat mencari lagi kenangan indah yang lain sebelum kita berpisah menjalankan tanggungjawab sebagai guru. InsyaAllah.

Gambar di perkarangan Masjid Putrajaya.




0 comments: